1. BASUH Langkah terawal yang perlu anda lakukan kepada kain cotton yang baru dibeli ialah basuh dulu. Sebaiknya menggunakan cucian tangan. Untuk basuhan kali pertama, sebaiknya asingkan fabrik cotton daripada dicuci bersama pakaian lain kerana kain baru lazimnya akan turun warna. Ini normal, ia mungkin berpunca daripada faktor jenis kain, perwarna atau bahan kimia tambahan yang digunakan.
2. RENDAM Selepas melalui proses cucian, rendam sebentar gentian tekstil cotton dengan bahan pelembut fabrik seperti Softlan, Downy atau Comfort Ultra supaya tekstur kain lebih lembut dan lebih wangi. Kemudian, bilas.
Penggunaan bahan pelembut fanrik juga membantu/mengurangkan kadar kedutan kain dan memudahkan proses menggosok.
3. JEMUR Sebelum sidai, kibas dahulu kain cotton agar tekstur tidak berkedut dan jemur di kawasan redup. Hamparkan kain cotton di ampaian dengan cara mengalihkan bahagian bercorak ke bawah. Kaedah ini memastikan warna yang dicetak di atas fabrik ini tidak pudar. Usah lupa sepit setiap hujung kain dengan penyepit baju. Takut terbang ditiup angin. Jika anda menggunakan mesin pengering (tumble drive), elakkan daripada membiarkan kain cotton kering sepenuhnya. Sebaliknya, keluarkan ia sementara masih lembab dan jemur supaya ia kering secara semulajadi. Sekian.